August 25, 2008

Ceriteraku

-_-
malam tadi bicara hati
tamat sudah
tapi makin dekat dengan penghujung
makin keruh aku buatkannya
aku tahu
dia agak bengang
masa dan tugas
tapi aku tak kisah
asalkan aku dah dapat lepaskan
segalanya yg patut
aku tak nak ada yang tercicir

tapi bila pikir-pikir balik
a guy cried instead of a girl
rasa mcm bangang gak
takpe2
aku naif lagi
robot
kaku
byk kne belajar
belajar dan terus belajar

dan semua ini
seperti mana kata hati aku
"it's the right mistake to be done"
klau pilihan itu bukan pilihan aku
perkara itu mungkin akan terus tersembunyi dari pengetahuan aku
dan aku mungkin akan terus menyakiti dia
walaupun kini aku tertoreh
aku tahu dia pun sama
so, it's it;
kesalahan yang patut

selepas noktah itu
aku bertuah
ada kawan disisi
kawan setia
aku perlukan keliaran
untuk mengharungi robekkan hati ini
dunia baru kami terokai
seronok
gile
liar
bangang
klaka pun ada
terima kasih kawan
kaulah sahabat

lewat malam
kawan
kawan lama
kawan kawan
kawan baru
terima kasih kalian
itu saja yang terucap

pagi itu
aku kembali ke bangku itu
pastikan semua cebisan-cebisan aku tinggalkan di situ
tak nak aku ada yang terlekat dan ikut aku pergi
cukuplah aku semadikannya di sini

turun bawah
liar semalam masih ada
aku jerit nama dia
sepi
alah
teknologi ada
gunakan saja
panggil dia
kemudian
menjeritlah aku di situ
ironi
separuh hati saja yang keluar
tak mengapa
mungkin aku tiada kekuatan itu lagi
terus aku berjalan

perjalanan aku penuh dengan ruang untuk pemikiran
bersendiwaralah aku, menghitung semula dongengku
dalam kelam kabut kekusutan minda
tertinggallah aku sesuatu yang mustahak
selamat tinggal rapidKL membawanya pergi

menyeluk poket
dompet aku
langkah ke komuter terhenti
berpatah semula ke perhentian
menanti dan mengharap bas yang sama akan kembali
bersandiwara lagi aku di situ
lama sudah berlalu
sandiwaraku semakin kusut
aku bangun optimis
aku pergi bertanya pemandu rapidKL yang ada
berceriteralah aku
dalam perbincangan
"haraplah ada rakyat malaysia yang penuh dengan nilai murni terjumpa dompet aku dan serahkan kepada drebar"
itu bidasan optimis aku
dia bantu aku
5 ringgit terhulurkan
alhamdulillah
sampailah aku ke shah alam
walaupun terbatal niat untuk semula ke cheras
"kalau hari ni orang susah kita tolong. nanti hari lain kita susah mana tau ada org nak tolong"
terima kasih brader rizal
atas bantuan dan nilai teladan
satu pelukan erat saja yang dapat aku berikan pada waktu itu

tiba
musibah seterusnya
bas tak terlihat kelibat nya
dengan duit yang tinggal
pernantian sajalah harapan aku
lagi dengan sandiwaraku
tapi entah apa nasib aku hari ini
jumpalah aku dengan penyelamat aku yang kedua
graduan mass com uia
ceritara aku berulanglah
sesudah itu
teriring aku pulang ke cendana
aku tau 6 ringgit tambangnya
hati kecil aku berjanji menebus budi
akan suatu hari nanti
singkat kesempatan aku mengenali dia
sedikit seketika
keras tapi baik orangnya
aku berterima kasih brader din
atas bantuan dan tips kehidupan

setiba
terlantar aku atas katil selasaku sejenak
merenung kembali
dongeng silamku
kini aku dalam realiti
aku bersedia
untuk teruskan kehidupan ini
tanpa dongengku itu

aku menghabiskan hari
dengan menyusun semula hidupku
buat apa yang perlu sekarang
walau dimarah
redha saja
ke sana
ke situ
uruskan malangku tadi

selesai sudah
pulanglah aku semula
bersama kawan sebilik
merisaukan kelas esok
masuklah semula aku ke dalam norma kehidupanku

oh ya
baru aku sedar
dah sehari lebih aku tak makan
endon aku cari
lalala~

3 comments:

Unknown said...

fuh.... sedih r cite ko... tp aku x sggup nak bc sume....

panjang sgt ah...

hahhaha....

xpe ...

tabahkn hati....aku akn sentiasa menyokong ko

Syazwi Mazli said...

thx dude!

Dhiya Fariza said...

man,i dunno if u remmeber me,aku xsangka seriiously aku sedih